Lisa Dan Yusri Nak Empat Anak Lepas Bulan Madu Di SwitzerlandPrevious Article
Koleksi Terbaik Gambar HaiwanNext Article
Breaking News
  • Remy Risau Tapi Bangga Adik Serang Penceroboh PETALING JAYA: Pelakon Remy Ishak berasa bangga apabila adiknya Lans Koperal Mohammad Fairul Azmi Ishak, 28, telah diamanahkan untuk menentang penceroboh Sulu di Lahat Datu, Sabah. Remy, 31, berkata, sebagai abang [...]
  • Video 7 Batalion Tentera Dihantar Ke Sabah KOTA KINABALU: Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM),Jeneral Tan Sri Zulkefli Mohd Zin mengesahkan tujuh batalion tentera dari Semenanjung dihantar ke Sabah setakat ini.    Bercakap dalam sidang akhbar di sini, sebentar tadi, [...]
  • Sultan Sulu Jamalul Kiram III Enggan Arahkan Pencoroboh Keluar MANILA, Filipina - Seorang ketua suku kaum Sulu berdarah raja dan beragama Islam yang mendakwa sebagai Sultan Sulu, Jamalul Kiram III semalam berkata, beliau masih terbuka untuk berbincang dengan pemerintah [...]

Latest Hot

Perkhidmatan Orang Gaji Bogel

Article   0 Comments
Line Spacing+- AFont Size+- Print This Article
xlupa Perkhidmatan Orang Gaji Bogel

JOHANNESBURG: Pembantu rumah yang berbogel ketika bekerja dan tukang paip yang bukan setakat buang kekotoran yang melekat di paip, tetapi “membuang” bajunya juga.

Inilah perkhidmatan yang diberi oleh sebuah syarikat di Afrika Selatan.
Natural Cleaning Co., yang mendakwa satu-satunya syarikat “menawarkan semua perkhidmatan secara berbogel di dunia,” ditubuhkan sebulan lalu oleh Jean-Paul Reid, setelah mengalami masalah untuk mendapat pekerjaan sebagai akauntan di negara yang mempunyai 23.9 peratus kadar pengangguran.

Syarikat itu menawarkan khidmat pembersihan rumah, perakaunan, undang-undang dan kerja-kerja tukang untuk wanita, dengan satu syarat – staf akan tiba sama ada separuh bogel atau berbogel, bergantung kepada permintaan pelanggan.

Reid, 29, berkata, “Khidmat pembersihan paling popular diikuti oleh khidmat tukang untuk wanita.”

Katanya, buat masa ini, dia menerima seorang pelanggan sehari, dan biasanya dikalangan lelaki pertengahan umur dan berkulit putih.

Semua pekerjanya bekerja secara separuh masa dengannya dan mempunyai pekerjaan lain seperti model, pelatih peribadi dan pelajar di bidang undang-undang dan perakaunan.

Perkhidmatan yang diberikan adalah “hiburan semata-mata” dan menurut Reid, “Kami tidak menawarkan khidmat pelacuran.”

Laman syarikat itu, naturalcleaning.wozaonline.co.za memaparkan gambar lelaki sasa tanpa baju memegang pembersih hampagas dan gambar wanita sedang menggosok tanpa memakai pakaian kecuali sepasang stokin, seorang tukang masak meletakkan mangkuk salad dan pelbagai perkhidmatan berbogel yang lain.

Harga perkhidmatan itu antara 175 rand (RM69) satu jam untuk perkhidmatan “separuh berbogel” hingga ke 450 rand (RM179) untuk seorang profesional seperti peguam, akauntan dan tukang paip. – AFP
.xlupa untuk Share Kat Facebook juga yea,TQ”

Comments

Tak Lupa Komen

Article   0 Comments